Dating Zaman Moden

Dating zaman moden kini hanya di hujung jari anda sahaja. Apa cara anda untuk stand out berbanding profile jejaka yang lain? Apa do’s and don’ts ketika anda online? Adakah anda bersedia untuk keluar bertemu si dia buat pertama kali? Aiman Hakim akan kongsikan lebih lanjut bagaimana memenangi hati dara pujaan anda pada episod ketiga ‘The Bachelor Pad’ dan juga resipi khas ‘Kepak Ayam Sambal Madu’.
Lokasi:
sebelas logo
@sebelas_11

Resepi – Kepak Ayam Sambal Madu

Hidangan: 2 orang
Masa Penyediaan: 35 minit


Bahan-bahan:

Ayam

6  Ketul Kepak Ayam
4  Ulas Bawang Putih
3  Sudu Madu
6  Sudu Sambal
1  Sudu Kicap Soya Garam (secukup rasa)

Ulam

1  Bungkus Daun Salad
1  Batang Timun Panjang
5  Kacang Panjang

Sos Pencicah Sambal, Mayonis & Madu

2  Sudu Sambal
2  Sudu Mayo
1  Sudu Madu

Cara Penyediaan:

  1. Cincang 4 ulas bawang putih.
  2. Campurkan bawang putih bersama sambal, kicap soya dan madu.
  3. Perap kepak ayam dalam campuran tersebut selama 10 minit.
  4. Panggang pada suhu 180C selama 20 minit.
  5. Bagi membuat sos pencicah, campurkan sambal, madu dan mayonis bersama-sama.
  6. Hidang bersama salad, hirisan timun dan kacang panjang.

LOL