Mendepani Lingkungan Sosial Si Dia!

Bila bersama si dia, anda telah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Anda akan berjumpa rakan-rakan, ahli keluarga dan mungkin juga exes si dia sebelum ini. Kalau anda berhadapan dengan masalah seperti ‘male best friend’ yang terlalu rapat ataupun seorang ex yang suka kacau daun, inilah episod untuk anda. Aiman juga akan berkongsi tips bagaimana memenangi hati keluarga si dia dan memastikan si dia juga boleh deal dengan kehidupan anda. Get your people bonding dengan hidangan sedap ini yang boleh dikongsi bersama…Spicy Malaysian Nachos!

Lokasi:
sebelas logo
@sebelas_11

Resepi – Spicy Malaysian Nachos!
Hidangan: 2 orang
Masa Penyediaan: 30 minit


Bahan-bahan:

250g
2
3
70g
1/2
1/2
2
1
1
1
1/4
1/4
1

Ayam Kisar
Sudu Besar Kicap (tidak manis)
Ulas Bawang Putih (dicincang)
Keju Cheddar Cincang
Bawang Besar (dipotong dadu)
Bunga Kantan (diparut)
Cili Merah (dipotong dadu)
Alpukat (dipotong dadu)
Tomato (dipotong dadu)
Ikat Daun Ketumbar
Cawan Krim Masam
Cawan Sriracha
Sudu Besar Minyak Zaitun
Secubit Lada Hitam
Minyak Sayuran
Tortilla Cip

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak sayuran dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau sehingga masak. Kemudian tambah kicap dan lada hitam. Biarkan sejuk.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
  3. Letakkan cip tortilla dalam bekas, masukkan ayam tadi dan keju di atas. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit atau sehingga keju cair sepenuhnya.
  4. Taburkan bawang, cili, bunga kantan, alpukat, tomato dan daun ketumbar.
  5. Campurkan sriracha, krim masam dan minyak. Tuang ke atas cip.
  6. Sedia untuk dihidangkan.