Perlukah Anda Jujur?

Ada kalanya anda malas nak chit chat. Kadang-kadang, si dia pula buat benda yang anda tak suka. Anda pula sesekali nakal cuci mata tengok wanita lain tanpa pengetahuan si dia. Apa cara untuk anda kekal jujur dalam hubungan ini? Episod kedua The Bachelor Pad, Aiman Hakim akan memberi tips bagaimana mengekalkan hubungan cinta anda agar lebih jauh ke hadapan. Ikat hati si dia juga dengan ‘Garlic Ginger Chili Chicken Pizza’, masakan mudah yang akan dikongsikan Aiman.

Lokasi:
sebelas logo
@sebelas_11

Resepi Garlic Ginger Chili Chicken Pizza

Hidangan: 2 orang
Masa Penyediaan: 30 minit


Bahan-bahan:

4-6
150g
5
5
1
3
1
1/2

Sudu Sos Tomato
Keju Mozzarella Cincang
Daun Basil Segar
Sudu Minyak Masak Zaiton
Inci Halia Kupas (dipotong halus)
Ulas Bawang Putih (dipotong halus)
Cili Merah Besar (dipotong halus)
Isi Dada Ayam (dipotong dadu)
Garam (secukup rasa)
Lada Hitam (secukup rasa)
Asas/Doh pizza

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar pada 250C.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia sehingga layu dan naik bau. Angkat dan ketepikan.
  3. Naikkan suhu api dan masak ayam potong dadu sehingga kedua belah bertukar perang dan sedikit keemasan. Biarkan masak kurang dari 40 saat bagi setiap sisi. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Sapu dan ratakan sos tomato pada doh pizza, taburkan keju, cili, bawang putih dan halia yang ditumis tadi, dan ayam.
  5. Taburkan daun basil, garam, lada hitam dan minyak zaiton ke atas pizza.
  6. Bakar dalam ketuhar selama 10 ke 15 minit, atau sehingga keju cair sepenuhnya.