Segalanya Sudah Berakhir…

Memutuskan hubungan bukan suatu perkara mudah. Tapi, bila bercinta/dating, anda perlu peka bila ada yang tak kena dalam relationship dan anda perlu tahu bagaimana untuk menamatkannya dengan cara yang baik. Adakah anda menanganinya like a man atau merengek macam budak kecil? Adakah anda berani untuk bersemuka depan-depan atau diam seribu bahasa? Aiman will come to the rescue bagi anda yang berada dalam situasi ini. Juga, resipi yang diolah mengikut citarasa tempatan, ‘Lemongrass & Beef Shepherd’s Pie’ akan dikongsi Aiman bersama anda.

Jangan lupa ambil foto makanan yang bertajuk ‘Jauh di Mata, Dekat di Hati’ dan tag kami di #hurrtvTheBachelorPad untuk memenangi peluang lepak dengan Aiman di Hotel Stripes KL!
Special thanks: Hotel Stripes KL

Lokasi:
sebelas logo
@sebelas_11

Resepi – ‘Lemongrass & Beef Shepherd’s Pie’
Hidangan: 4-6 orang
Masa Penyediaan: 45 minit


Bahan-bahan:

1
1
2
2
2
500g
3
¼
300g
900g
100g
4

Sudu Besar Minyak Sayuran
Bawang Besar (dipotong dadu)
Batang Lobak (dipotong dadu)
Batang Serai (diparut)
Cili Merah (dihiris)
Daging Kisar
Sudu Besar Puri Tomato
Cawan Kicap
Air Rebusan Daging/ Stok Daging
Kentang (potong menjadi ketulan kecil)
Mentega
Sudu Besar Susu Segar
Garam (secukup rasa)
Lada Hitam (secukup rasa)

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Rebuskan kentang dalam air garam selama 10 ke 15 minit sehingga lembut. Sejatkan, kemudian campurkan dengan mentega dan susu dan hancurkan sehingga menjadi kentang putar.
  3. Panaskan minyak dalam periuk sederhana saiz. Goreng bawang, cili, serai dan lobak selama beberapa minit. Setelah layu, naikkan suhu dan masukkan daging kisar tanpa lebihan lemak. Tambahkan puri tomato dan kicap, goreng selama beberapa minit. Masukkan stok daging, biarkan merenah dan masak selama 10 minit.
  4. Rasa masakan dan tambah garam dan lada hitam sebagai perasa.
  5. Letakkan daging kisar yang dimasak tadi ke dalam bekas tahan ketuhar dan bahagian atas ditambahkan dengan kentang putar. Bakar selama 20 ke 25 minit sehingga warna berubah dan daging menggelegak dari tepi. Biarkan sejuk selama 5 minit sebelum dihidangkan.