FAQ
SOALAN LAZIM
1. Apakah Bakat Ohsem Malaysia (BOM) dan bagaimana untuk saya menyertainya?
BOM adalah rancangan realiti bakat dalam talian pertama di Malaysia yang bertujuan untuk menjadi platform bagi rakyat Malaysia mempamerkan bakat mereka dan seterusnya berpeluang untuk memenangi hadiah utama RM100,000 dan Proton Saga 1.3 (A). Jika anda mempunyai bakat dan impian untuk menyerlah di industri hiburan, BOM mengalu-alukan penyertaan anda.
Anda boleh menghantar permohonan secara dalam talian beserta video uji bakat untuk menunjukkan bakat anda. Durasi maksimum video adalah 60 saat. Anda boleh menghantar video tersebut ke BOM.hurrtv@gmail.com dengan butiran berikut:
Nama penuh (seperti di Kad Pengenalan):
Umur:
No. Kad Pengenalan:
Alamat:
No. Telefon:
Terangkan secara ringkas Bakat Ohsem anda:
2. Siapa yang layak memohon?
Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dari semua peringkat umur. Jika anda berumur 18 tahun ke bawah, anda memerlukan kebenaran ibu bapa atau penjaga.
3. Adakah terdapat sebarang bayaran untuk menyertai BOM?
Tiada, permohonan adalah percuma. Bagaimanapun, anda perlu bertanggungjawab terhadap kos untuk hadir ke peringkat separuh akhir dan peringkat akhir sekiranya terpilih.
4. Bolehkah saya menghantar lebih dari satu (1) video uji bakat?
Ya, ia dibenarkan. Bagaimanapun, kami akan menyiarkan satu( 1) video sahaja di laman web untuk pengundian awam.
5. Adakah anda menerima permohonan saya? Bila saya akan mendapat maklum balas?
Berikutan terdapat penyertaan yang menggalakkan, kami tidak dapat memberi maklum balas penerimaan permohonan setiap individu. Setiap permohonan akan dinilai dan pihak kami akan menghubungi anda sekiranya memerlukan maklumat lanjut. Penyertaan yang terpilih bagi rancangan ini akan dihubungi pihak kami selepas tarikh tamat penyerahan video.
6. Bolehkah saya beraksi secara berkumpulan?
Ya, ia dibenarkan. Pertandingan ini terbuka kepada persembahan individu dan berkumpulan.
7. Adakah terdapat bahasa pilihan untuk uji bakat ini?
Bahasa pilihan kami adalah Bahasa Malaysia dan Inggeris. Bagi video uji bakat, anda boleh melakukannya dalam bahasa yang paling sesuai dengan anda. Bagaimanapun, dimaklumkan bahawa rancangan ini akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia. Sekiranya anda merupakan finalis bagi pertandingan akhir, anda dikehendaki bertutur dalam Bahasa Malaysia.
8. Bagaimanakah pihak anda memilih peserta bagi rancangan ini?
Panel juri awal dari pihak Penganjur akan menilai terlebih dahulu semua permohonan dan akan menyenarai pendek 40 ke 60 video yang akan disiarkan pada 4 episod awal rancangan ini. Kami juga akan membenarkan orang ramai untuk mengundi video kegemaran mereka di laman web http://www.hurr.tv semasa tempoh penerimaan video (16 September 2017 hingga 12 November 2017), di mana 12 video dengan undian paling tinggi akan berpeluang untuk disiarkan pada 4 episod berkenaan. Penganjur mempunyai keputusan muktamad berhubung video yang akan disiarkan di dalam rancangan ini.
9. Apakah mekanik bagi rancangan BOM ini?
a) Episod 1 – 4 adalah pusingan pilihan juri, di mana video yang dipilih oleh juri awal serta undian awam akan disiarkan dan 2 panel juri bersama seorang juri jemputan akan memberikan markah. 3 video dengan markah paling tinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat separuh akhir.
b) Episod 5 adalah pusingan ‘wildcard’, di mana video dari episod 1 hingga 4 yang tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir akan disiarkan di laman web kami untuk undian awam selama satu minggu. Video dengan undian paling tinggi akan menjadi video ke-13 yang mara ke peringkat separuh akhir.
c) Episod 6 akan menyiarkan profil kesemua 13 peserta separuh akhir.
d) Episod 7 adalah peringkat separuh akhir di mana 13 orang peserta terpilih perlu menghantar video rutin terbaharu bakat mereka. Video mereka akan dinilai dengan 50% markah daripada juri dan 50% daripada undian awam. Lapan (8) peserta dengan markah paling tinggi akan mara ke peringkat akhir yang akan disiarkan secara langsung.
e) Episod 8 adalah peringkat akhir yang dibahagikan kepada 2 pusingan. Pada pusingan pertama, 8 finalis perlu mempersembahkan bakat mereka secara langsung dan juri akan memilih 5 finalis untuk ke pusingan kedua. Pada pusingan kedua, 5 finalis perlu mempersembahkan rutin berlainan yang tertakluk kepada 50% markah daripada juri dan 50% undian awam. Pemenang akan ditentukan dengan markah terkumpul daripada pihak juri dan undian awam.
f) Pemenang dengan markah terkumpul tertinggi daripada pihak juri dan undian awam akan memenangi hadiah utama sebanyak RM100,000 dan sebuah Proton Saga 1.3 (A). Naib juara akan menerima RM20,000 manakala tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM8,000.
g) Penganjur mempunyai hak untuk mengubah mekanik pertandingan yang dianggap perlu tanpa sebarang notis.
10. Di manakah rancangan BOM akan disiarkan?
BOM secara eksklusif akan disiarkan di http://www.hurr.tv. Tarikh siaran akan dimaklumkan di laman web hurr.tv dan platform sosial media.
11. Bagaimanakah undian awam dilaksanakan?
Orang ramai boleh mengundi peserta kegemaran mereka sepanjang tempoh penerimaan video, pusingan ‘wildcard’, peringkat separuh akhir dan peringkat akhir. Setiap pengguna hanya boleh mengundi sekali sehari sahaja. Pengguna tidak perlu mendaftar untuk mengundi.
GENERAL FAQs
1. What is Bakat Ohsem Malaysia (BOM) and how do I apply?
BOM is Malaysia’s first online talent reality show that aims to be the platform for Malaysians to showcase their many talents and a chance to win the grand prize of RM100,000 & a brand new Proton Saga 1.3 (A). If you have a talent and dream of making it big in the entertainment industry, BOM wants to hear from you.
You can submit your application online with an audition video to showcase your talent. The video should be maximum 60sec in duration. You can submit your application to BOM.hurrtv@gmail.com with the following details:
Full name (as per IC):
Age:
IC Number:
Address:
Phone number:
Briefly describe Bakat Ohsem:
2. Who is eligible to apply?
The competition is opened to all Malaysian citizens of all ages. If you are below the age of 18, you will require parental or legal guardian consent.
3. Are there any fees to join BOM?
No, it is absolutely free to apply. However, you will be responsible for your own costs for coming to the semi-final round and grand finale round if you’re selected.
4. Can I submit more than 1 audition video?
Yes, you can. However, we will only publish 1 video on our website for public voting.
5. Did you receive my application? When will I hear back?
Due to the large number of submissions, we are unable to acknowledge the receipt of individual applications. Every application will be reviewed and the producers may contact you if we need any further information. Selected entries for the show will be contacted by the producers after the submission closing date.
6. Can I perform in a group?
The competition is open to individual and group performances.
7. Is there a preferred language for my audition?
Our preferred language is Bahasa Malaysia and English. For the audition video, you can perform in the language you are most comfortable with. However, do note that the show will be conducted in Bahasa Malaysia. Should you be a finalist in the grand finale, you would be required to converse in Bahasa Malaysia.
8. How do you select participants for the show?
A panel of preliminary judges from the Organiser will screen through all submissions and select a total of 40 to 60 videos that will be featured in the first 4 episodes of the show. We will also allow the public to vote for their favourite submission video on our website http://www.hurr.tv during the recruitment period (16 September 2017 to 12 November 2017), where the 12 most voted videos will also be featured in the 4 first episodes of the show. The Organiser holds the sole discretion of the final decision on which submission videos are featured on the show.
9. What are the mechanics of the BOM show?
a) Episode 1 – 4 are the judges selection round, where the videos selected by the preliminary judges and public voted favourites will be showcased and the 2 esteemed judges + 1 guest judge will get to score the videos. Top 3 scored videos for each episode will move on to the semi-finals.
b) Episode 5 will be the wildcard round, where the videos from episode 1 to 4 that did not make it into the semi-finals will be opened up for 1-week public voting on our website. The most voted video will be the 13th semi-finalist.
c) Episode 6 will be the episode to profile all 13 semi-finalists.
d) Episode 7 is the semi-final round where the 13 semi-finalists will have to submit a new video of a different routine of their talent. Their videos will be showcased during the episode and will be subjected to 50% judges score and 50% public voting. The top 8 scored participants will move on to the live grand finale show.
e) Episode 8 is the live grand finale show with 2 rounds. In the first round, the 8 finalists will have to perform live on stage and judges will select 5 finalists for the 2nd round. In the second round, the 5 finalists will have to perform another routine that will be subjected to 50% judges score and 50% public voting. Final winners will be determined from the scores accumulated from the judges score and public voting.
f) The winner with the most accumulated score from the judges score + public voting will win the grand prize of RM100,000 and a new Proton Saga 1.3 (A). Second place winner will receive RM20,000 while the third place winner will win RM8,000.
g) The Organiser reserves the right to change the mechanics where deemed necessary without any prior notice.
10. Where will the BOM show be featured on?
BOM will be exclusively shown on http://www.hurr.tv. Exact date will be announced on hurr.tv website and social media platform.
11. How is the public voting conducted?
The public will be able to vote for their favourite participants during the recruitment period, wildcard round, semi-final and grand finale. Each user can only vote once per day. Users are not required to register in order to vote.