Janji Temu Pertama

 

Excited dan nervous pada janji temu pertama! Pastinya anda ingin memberikan pandangan pertama yang terbaik. Apa cara untuk cairkan hati si dia dan bagaimana untuk mengelak daripada situasi yang awkward? Apa formula berkesan bagi membolehkan si dia jatuh hati dengan anda? Semua itu bakal dikongsi Aiman Hakim dalam episod pertama ‘The Bachelor Pad’, juga dengan resipi mudah dan lazat ‘Nasi Goreng Aiman’.

Lokasi :
sebelas logo
@sebelas_11

Resepi Nasi Goreng Aiman

Hidangan: 4 orang
Masa Penyediaan: 30 minit


Bahan-bahan:

2
1
2
2
2
100g

Mangkuk Nasi Sejuk
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili
Biji Telur
Ayam
Daun Limau Purut
Minyak Masak
Garam (secukup rasa)
Lada hitam (secukup rasa)

Cara Penyediaan:

  1. Cuci ayam & potong kecil-kecil.
  2. Hiris ciili merah, bawang merah dan bawang putih.
  3. Tumbuk bawang putih.
  4. Panaskan kuali, tuangkan sedikit minyak masak dan tunggu sehingga panas.
  5. Tumiskan cili merah, bawang merah dan bawang putih selama satu minit.
  6. Masukkan ayam dan masak.
  7. Masukkan nasi yang telah di kosek.
  8. Tambahkan garam dan lada hitam.
  9. Beri ruang di tengah nasi untuk masukkan telur yang telah dipukul.
  10. Biar telur masak sedikit dan gaul sehingga rata.
  11. Masak selama 5 minit atau sehingga nasi dan bahan bahan sebati.



Subscribe kami untuk hiburan yang urban, relevan dan realiti!

SEMUA EPISOD The Bachelor Pad