Sekali-sekala kayuh basikal dari KL pergi Langkawi apa ada hal kan?
Idea berkayuh sampai Langkawi tu memang baek, tapi dalam rancangan ‘Jejak Terer’, dua pengacaranya, Myo Oh Chentaku dan Zahir Zainuddin bukan sekadar kayuh basikal suka-suka je! Mereka telah diberi cabaran untuk berkayuh sejauh 500km selama lima hari tanpa wang, melainkan bekalan makanan yang terhad dan handphone je!
Mereka akan berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan mereka yang bakal menyaksikan mereka bergantung pada kecerdasan, kepintaran dan keprihatinan rakyat Malaysia yang akan menjadikan pengalaman mereka lebih bermakna.
Saksikan jejak mereka secara LIVE di antara waktu-waktu berikut 7 pagi, 10 pagi, 1 tengahari, 3 petang dan 6 petang melalui laman web hurr.tv/Jejak-Terer.
Penaja utama rancangan, MyEG Services Berhad akan menyumbangkan RM 10,000 untuk setiap 100km yang berjaya dilalui dan jumlah akhir pada penghujung rancangan akan disumbangkan kepada 5 buah rumah anak-anak yatim.
Anda juga boleh memainkan peranan untuk menyumbangkan sebarang jumlah sepanjang program berlangsung untuk didermakan kepada rumah anak-anak yatim terpilih.
Penaja utama, MyEG akan turut menggandakan jumlah yang disumbangkan orang ramai di akhir program.
Senarai nama rumah-rumah anak yatim:
• Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah
• Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari
• Rumah Anak Yatim & Hidayah Al-Hijrah
• Rumah Kasih Nurul Hasanah
• Rumah Anak-Anak Yatim At-Taqwa
Maklumat untuk sumbangan derma #JejakTerer:
• Nama Bank: RHB Bank (Hurr TV Sdn Bhd – Jejak Terer)
• No. Akaun: 2121 7000 0644 84