Kita ‘Couple’ Ke?

 

DTR. Are we a couple? Soal status ni memang susah nak dibincangkan, tapi pada masa yang sama, no one wants to be stuck in limbo forever! Dalam episod ini, Aiman akan berkongsi tips bagaimana untuk mengetahui samada she’s into you dan cara untuk memikat hatinya siap dengan label! Juga, hangatkan dapur anda dengan hidangan mudah dan pantas ‘Spaghetti Carbonara’ oleh Aiman Hakim.

Lokasi:
sebelas logo
@sebelas_11

Resipi – Spageti Carbonara
Hidangan: 4 orang
Masa Penyediaan: 30 minit


Bahan-bahan:

1/2
3
1/2
1-1.5
1
5-6
1.5
1
3

Bungkus Spageti
Ulas Bawang Putih (dicincang)
Bawang Besar (dicincang)
Cawan Daging Kisar
Batang Sosej (dihiris)
Cendawan Butang (dihiris)
Cawan Sup Cendawan
Sudu Kecil Herba Campur
Sudu Minyak masak
Lada Hitam (secukupnya)
Keju Parmesan (secukupnya)
Sedikit Garam
Susu Segar (secukupnya)

Cara Penyediaan:

  1. Rebus air sehingga mendidih bersama secubit garam dan sedikit minyak. Masukkan spageti dan rebus selama 20 minit, sehingga lembut. Angkat dan tos.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar. Bila sudah separuh masak, masukkan pula sosej dan cendawan butang.
  4. Selepas itu, masukkan sup cendawan. Jika terlalu pekat, boleh masukkan sedikit susu segar / air.
  5. Akhir sekali masukkan campuran herba, lada hitam dan garam.
  6. Tabur sedikit keju parmesan dan gaul. Siap untuk dimakan.



Subscribe kami untuk hiburan yang urban, relevan dan realiti!

SEMUA EPISOD The Bachelor Pad